Ramai pelanggan datang ke kedai kami dengan muka risau — bukan sebab telefon rosak je, tapi sebab takut data dalam telefon tu hilang. Gambar anak-anak, kenalan penting, WhatsApp chat, dokumen kerja… semua tu berharga kan?
Jadi sebelum anda hantar telefon, tablet atau laptop untuk repair, baik luangkan 10-15 minit buat backup dulu. Senang je sebenarnya, dan boleh selamatkan anda dari stress besar kemudian hari.
Kenapa Perlu Backup Sebelum Repair?
Banyak jenis repair memang tak sentuh data langsung — macam tukar skrin, tukar bateri, repair speaker. Tapi ada juga kes yang mungkin perlukan reset atau flash software, contohnya:
- Telefon hang teruk atau bootloop
- Masalah motherboard/IC
- Virus atau software corrupt
- Laptop kena format sebab windows rosak teruk
Dalam kes-kes macam ni, kadang data terpaksa kena wipe untuk repair berjaya. Itu sebab kami selalu nasihatkan pelanggan buat backup dulu — as a precaution, walaupun kebarangkalian hilang data tu rendah.
Cara Backup Telefon (Android & iPhone)
Untuk Android:
- Guna Google Account — pergi Settings > Google > Backup, pastikan backup automatik ON
- Simpan gambar/video melalui Google Photos (upload dulu sebelum hantar repair)
- Kenalan boleh sync terus ke Google Contacts
- Kalau ada fail penting dalam storan dalaman, salin ke laptop atau external hard disk
Untuk iPhone:
- Backup melalui iCloud — Settings > [Nama Anda] > iCloud > iCloud Backup
- Atau backup ke laptop/Mac melalui iTunes/Finder
- Pastikan backup tu “berjaya siap” sebelum hantar, jangan setengah jalan
Tips tambahan: kalau internet rumah slow, backup gambar/video yang banyak tu boleh ambil masa lama. Jangan tunggu last minute — buat awal-awal sebelum hari nak hantar repair.
Cara Backup Laptop
- Salin fail penting (dokumen, gambar, projek kerja) ke external hard disk atau pendrive
- Guna cloud storage macam Google Drive, OneDrive atau Dropbox untuk fail-fail kecil dan penting
- Kalau laptop office/kerja, jangan lupa backup email settings dan bookmark browser juga
- Kalau anda tak pasti macam mana nak backup (contoh laptop dah tak boleh masuk langsung), bawa je ke kedai — kami boleh cuba bantu recover data dulu sebelum proceed repair, tapaknya bergantung pada jenis kerosakan
Bila Data Memang Berisiko?
Ada situasi tertentu di mana risiko kehilangan data lebih tinggi:
- Telefon/laptop dah tak boleh ON langsung (motherboard rosak)
- Storan dalaman/hard disk sendiri yang rosak
- Telefon kena air dan dah lama tak dikeringkan
- Perlu flash firmware sebab software corrupt teruk
Dalam situasi ni, kami akan bagitahu awal-awal kalau ada risiko, supaya anda boleh buat keputusan yang wise — nak proceed repair atau nak cuba recover data dulu.
Jangan Panik, Kami Faham
Kami tahu data dalam telefon tu bukan sekadar fail — ada memori, ada kerja, ada benda penting. Sebab tu team GOFIX akan selalu explain dulu apa jenis repair yang anda perlukan, dan sama ada ia melibatkan risiko data atau tidak, sebelum kami mula kerja.
Kalau anda tak pasti macam mana nak backup, atau nak tanya dulu sebelum hantar repair, jangan segan — WhatsApp atau datang terus ke kedai kami. Kami boleh check dan advise dengan jujur, tak akan push repair yang tak perlu.
Repair Phone Near Me? Datang GOFIX Saujana Utama
Buat warga Sungai Buloh, Bandar Saujana Utama, Puncak Alam dan sekitarnya yang cari kedai repair telefon berdekatan yang boleh dipercayai — GOFIX Saujana Utama sentiasa sedia bantu. Dari isu skrin, bateri, sampai ke masalah software yang lebih kompleks, kami akan cuba yang terbaik untuk selamatkan data anda dulu sebelum repair.
Kami juga ada cawangan di Subang Bestari dan Putra Perdana, Puchong — jadi mana-mana lokasi senang untuk anda, boleh datang terus.
📍 Lokasi: 80-1 Jalan Bidara 6/3, Bandar Saujana Utama, 47000 Sungai Buloh, Selangor
Ada soalan tentang repair telefon, tablet atau laptop anda? Jangan tunggu sampai rosak teruk — WhatsApp kami sekarang untuk semakan percuma dan dapatkan info harga yang tepat!