Kenapa Upgrade SSD Peningkatan Paling Berbaloi Untuk Laptop Lama?
Jika laptop anda berumur 4 tahun ke atas dan masih menggunakan hardisk (HDD) asal, upgrade ke SSD (Solid State Drive)
selalunya memberi kesan lebih ketara berbanding menambah RAM. Perbezaan yang boleh dirasai:
Masa boot Windows/macOS dari 2-3 minit turun ke bawah 15 saat
Buka aplikasi & fail besar jadi hampir serta-merta
Laptop tidak lagi “hang” bila buka banyak tab/program serentak
Lebih tahan hentakan (tiada bahagian bergerak berbanding HDD)
Adakah Perlu Install Semula Semua Program?
Tidak semestinya. Di GoFix, kami boleh clone keseluruhan kandungan hardisk lama (termasuk Windows, program, dan fail anda)
terus ke SSD baru. Ini bermakna selepas upgrade, laptop akan boot terus seperti biasa — semua fail dan program masih ada,
cuma jauh lebih laju.
Jenis SSD: SATA vs NVMe
Bergantung model laptop, kami akan cadangkan sama ada SSD jenis SATA (lebih universal, sesuai laptop lama) atau NVMe (lebih
laju, untuk laptop yang menyokong slot M.2). Teknikal kami akan check spesifikasi motherboard laptop anda dahulu sebelum
mencadangkan pilihan yang sesuai.
Upgrade SSD Laptop Anda — GoFix Terdekat
GOFIX Saujana Utama
Jalan Bidara 6/3, Bandar Saujana Utama,
47000 Sungai Buloh
019-9799607
GOFIX Subang Bestari
Jalan Nova U5/N, Subang Bestari, 40150 Shah Alam
013-360 7607
GOFIX Putra Perdana 1-42A, Jalan Putra Perdana 1/3, Taman Putra
Perdana, 47130 Puchong 013-686 6607
Semua cawangan buka 10 pagi – 9 malam, setiap hari termasuk cuti umum.