Kaca Belakang iPhone Pecah — Perlu Ke Ditukar Segera?
Sejak iPhone 8, badan belakang iPhone turut menggunakan kaca (untuk sokong wireless charging), menjadikannya sama terdedah kepada keretakan seperti skrin depan. Walaupun phone masih berfungsi normal dengan kaca belakang retak,
adabeberapa risiko jika dibiarkan:
Serpihan kaca kecil boleh tercalar pada tangan atau poket
Air/habuk lebih mudah menyusup masuk melalui celah retakan (menjejaskan rating kalis air IP)
Retakan boleh merebak lebih luas dari masa ke masa akibat tekanan berterusan
Proses Ganti Kaca Belakang — Lebih Rumit Dari Yang Disangka
Berbeza dengan skrin depan yang boleh ditukar sebagai satu modul, kaca belakang iPhone (terutama model terkini) disambung
terus ke rangka logam (chassis) menggunakan pelekat industri yang sangat kuat. Proses ini memerlukan mesin laser khusus untuk mengasingkan kaca lama dengan selamat tanpa merosakkan antena atau komponen wireless charging di baliknya.
Kenapa Pilih Teknikal Berpengalaman?
Penukaran back glass yang dilakukan tanpa tool/mesin yang betul berisiko merosakkan antena 5G, coil wireless charging
(MagSafe), atau bahkan logic board di sebaliknya. Di GoFix, proses ini dikendalikan menggunakan mesin khas untuk elakkan
risiko tersebut.
Ganti Kaca Belakang iPhone — GoFix Terdekat
GOFIX Saujana Utama
Jalan Bidara 6/3, Bandar Saujana Utama,
47000 Sungai Buloh
019-9799607
GOFIX Subang Bestari
Jalan Nova U5/N, Subang Bestari, 40150 Shah Alam
013-360 7607
GOFIX Putra Perdana 1-42A, Jalan Putra Perdana 1/3, Taman Putra
Perdana, 47130 Puchong
013-686 6607
Semua cawangan buka 10 pagi – 9 malam, setiap hari termasuk cuti umum.