Bila Masa RAM, Bukan SSD, Yang Perlu Diupgrade?
Ramai keliru antara masalah storan (SSD) dengan masalah memori (RAM).
Tanda paling jelas laptop anda kekurangan RAM:
Laptop hanya perlahan bila banyak program/tab dibuka serentak, tapi laju semula bila ditutup
“Task Manager” menunjukkan penggunaan RAM sentiasa 90% ke atas walaupun tidak buat kerja berat
Program sering “Not Responding” walau storan (SSD/HDD) masih banyak ruang kosong
Adakah Semua Laptop Boleh Diupgrade RAM?
Tidak semua — sesetengah laptop moden (terutamanya model nipis/ultrabook) mempunyai RAM yang “soldered” terus pada
motherboard dan tidak boleh ditambah. Teknikal GoFix akan check dahulu sama ada laptop anda mempunyai slot RAM tambahan
sebelum mencadangkan upgrade.
Berapa RAM Yang Disyorkan?
Untuk kegunaan harian (browsing, office, Zoom) 8GB masih memadai, tetapi untuk multitasking berat atau kerja kreatif (editing, design), 16GB ke atas lebih selesa. Kami akan cadangkan spec ikut keperluan sebenar anda, bukan jual lebih dari yang perlu.
Hubungi Cawangan GoFix Terdekat
GOFIX Saujana Utama
Jalan Bidara 6/3, Bandar Saujana Utama,
47000 Sungai Buloh
019-9799607
GOFIX Subang Bestari
Jalan Nova U5/N, Subang Bestari, 40150 Shah Alam
013-360 7607
GOFIX Putra Perdana 1-42A, Jalan Putra Perdana 1/3, Taman Putra
Perdana, 47130 Puchong
013-686 6607
Semua cawangan buka 10 pagi – 9 malam, setiap hari termasuk cuti umum.