“Face ID Tidak Tersedia” — Adakah Ini Boleh Dibaiki?
Mesej ralat seperti “Face ID Tidak Tersedia” atau “iPhone Perlu Diservis” pada sistem Face ID sering membuatkan pengguna panik.
Punca boleh berbeza-beza:
1. Skrin pernah ditukar oleh kedai lain menggunakan part yang tidak menyimpan kalibrasi sensor TrueDepth asal
2. Modul TrueDepth camera (sensor Face ID) rosak akibat kelembapan atau hentakan
3. Konektor longgar dari logic board selepas phone terjatuh
4. Isu software yang boleh diselesaikan tanpa perlu ganti hardware
Kenapa Diagnosis Awal Penting Sebelum Repair
Berbeza dari skrin atau battery, komponen Face ID (TrueDepth) dan Home Button (Touch ID) mempunyai “pairing” khas dengan
logic board setiap iPhone individu (secure enclave). Ini bermakna bukan semua kerosakan boleh dibaiki 100% seperti asal —
kami akan terangkan dengan jujur tahap kejayaan yang realistik sebelum meneruskan repair supaya pelanggan boleh buat keputusan termaklum.
Untuk iPhone Dengan Home Button (iPhone 8 Ke Bawah)
Home Button yang tidak responsif atau “klik” tidak berfungsi (haptic) biasanya berkait dengan flex cable yang longgar atau
habuk yang tersekat di bawah butang — dua kes ini selalunya lebih mudah dan murah untuk dibaiki berbanding masalah Face ID
pada model terkini.
Repair Face ID / Home Button — GoFix Terdekat
GOFIX Saujana Utama
Jalan Bidara 6/3, Bandar Saujana Utama,
47000 Sungai Buloh
019-9799607
GOFIX Subang Bestari
Jalan Nova U5/N, Subang Bestari, 40150 Shah Alam
013-360 7607
GOFIX Putra Perdana 1-42A, Jalan Putra Perdana 1/3, Taman Putra
Perdana, 47130 Puchong
013-686 6607
Semua cawangan buka 10 pagi – 9 malam, setiap hari termasuk cuti umum.