Laptop Terkena Air — 5 Minit Pertama Yang Paling Penting
Jika laptop anda baru sahaja terkena air, kopi, atau minuman lain, tindakan segera boleh menentukan sama ada laptop boleh diselamatkan atau tidak:
1. Tutup laptop serta-merta dan cabut palam power
2. Jangan cuba on semula untuk “check” — ini boleh menyebabkan litar pintas
3. Toskan air berlebihan dengan memiringkan laptop (jangan gegarkan kuat)
4. Bawa ke pusat repair dalam masa 24 jam — lebih lama dibiarkan, lebih tinggi risiko karat pada logic board
Kenapa Karat (Corrosion) Berbahaya?
Air (terutama yang mengandungi gula/garam seperti kopi atau air masak) menyebabkan pengaratan pada litar dalam masa beberapa jam sahaja.
Karat ini merebak perlahan-lahan dan boleh menyebabkan kerosakan yang tidak nampak serta-merta —
laptop mungkin masih boleh on hari pertama, tetapi mati sepenuhnya beberapa minggu kemudian.
Proses Pembersihan di GoFix
Kami akan buka unit sepenuhnya, bersihkan logic board menggunakan cecair pembersih khas (isopropyl alcohol gred elektronik) dan ultrasonic cleaning jika perlu, kemudian keringkan sepenuhnya sebelum diuji.
Prioriti utama kami adalah menyelamatkan data anda sebelum sebarang risiko kerosakan berlanjutan.
Kecemasan Laptop Kena Air — Hubungi Cawangan GOFIX Terdekat SEGERA
GOFIX Saujana Utama
Jalan Bidara 6/3, Bandar Saujana Utama,
47000 Sungai Buloh
019-9799607
GOFIX Subang Bestari
Jalan Nova U5/N, Subang Bestari, 40150 Shah Alam
013-360 7607
GOFIX Putra Perdana 1-42A, Jalan Putra Perdana 1/3, Taman Putra
Perdana, 47130 Puchong
013-686 6607
Semua cawangan buka 10 pagi – 9 malam, setiap hari termasuk cuti umum.