Skrin MacBook Retak — Kenapa Kos Repair Lebih Tinggi Dari Laptop Biasa?
Berbeza dengan kebanyakan laptop Windows yang menggunakan panel LCD berasingan dari kaca penutup, model MacBook
(terutamanya selepas 2016 dengan Touch Bar dan model Retina) menggunakan skrin bersepadu (fused display) — kaca dan
panel LCD digabungkan sebagai satu unit. Ini bermakna walaupun hanya kaca yang retak, keseluruhan panel display perlu
ditukar sekali.
Simptom Skrin MacBook Bermasalah
Retak fizikal pada kaca/panel
Garisan menegak atau melintang (vertical/horizontal lines)
“Ink spill” — kesan seperti dakwat tumpah pada skrin, biasanya akibat tekanan fizikal (contoh: benda diletak di atas laptop
tertutup)
Backlight tidak menyala tetapi imej samar masih kelihatan bila disuluh lampu
Proses Repair di GoFix
Kami akan sahkan dahulu sama ada masalah pada panel display sepenuhnya atau hanya kabel penyambung (LVDS/eDP cable)
yang longgar — kes kedua ini jauh lebih murah untuk dibaiki. Selepas penukaran panel, kami test kecerahan (brightness), warna,
dan True Tone (jika berkaitan model) sebelum diserahkan balik.
Repair Skrin MacBook — Cawangan GoFix Terdekat
GOFIX Saujana Utama
Jalan Bidara 6/3, Bandar Saujana Utama,
47000 Sungai Buloh
019-9799607
GOFIX Subang Bestari
Jalan Nova U5/N, Subang Bestari, 40150 Shah Alam
013-360 7607
GOFIX Putra Perdana 1-42A, Jalan Putra Perdana 1/3, Taman Putra
Perdana, 47130 Puchong 013-686 6607
Semua cawangan buka 10 pagi – 9 malam, setiap hari termasuk cuti umum.