Skrin Laptop Retak — Bolehkah Guna Monitor Luar Sementara?
Ya, jika laptop masih boleh “boot” dan berfungsi, anda boleh sambungkan monitor luar
(HDMI/USB-C) sebagai penyelesaian sementara sambil menunggu part skrin baru tiba.
Namun ini bukan penyelesaian jangka panjang kerana skrin yang retak boleh
merebak lebih teruk dan berisiko cederakan jari jika serpihan kaca terkeluar.
Jenis Kerosakan Skrin Laptop
Kaca/lapisan luar retak sahaja (untuk model touch-screen) — panel LCD di bawahnya masih elok
Panel LCD/LED rosak — nampak garisan warna, “bleeding” cahaya, atau paparan gelap total
Kabel penyambung (flex cable) longgar — kadang skrin “berkelip” atau hilang paparan bila laptop digerakkan/dibukatutup
Proses Repair
Kami akan check spesifikasi panel yang tepat (saiz, resolusi, jenis konektor) sebelum order part supaya tiada isu ketidakserasian.
Kebanyakan penukaran skrin laptop siap dalam 1 hari bekerja.
Hubungi Cawangan GOFIX Terdekat
GOFIX Saujana Utama
Jalan Bidara 6/3, Bandar Saujana Utama,
47000 Sungai Buloh
019-9799607
GOFIX Subang Bestari
Jalan Nova U5/N, Subang Bestari, 40150 Shah Alam
013-360 7607
GOFIX Putra Perdana 1-42A, Jalan Putra Perdana 1/3, Taman Putra
Perdana, 47130 Puchong 013-686 6607
Semua cawangan buka 10 pagi – 9 malam, setiap hari termasuk cuti umum.